Assalamualaikum
Okeh , I tahu gambar tak sama dengan tajuk . Teheee . Saja nak buat gimik .
First of all , I nak luahkan segala apa yang terbuku di hati dan sanubari ku ini .
Okeh , saya tahu , saya dah berubah . Saya bukan lagi Izzati Ismail yang macam dulu . Yang selalu akan bertungkus lumus untuk menggembirakan hati kawan dan sahabat nya . Saya bukan lagi Izzati Ismail yang akan tetap kuat menempuh apa sahaja ujian yang melanda diri ini . Saya bukan lagi Izzati Ismail yang akan sentiasa senyum untuk melihatkan rakan dan sahabat andainya senyum dan bergembira .
Maaf kawan kawan , saya tidak dapat menjalankan segala tugas yang sepatutnya saya jalankan seperti dahulu kala .
Maaf kawan kawan , saya tidak dapat menggembirakan hati anda semua , kerana saya begitu sibuk menangis dan terus menangis .
Maaf kawan kawan , bukan saya sudah tidak pedulikan anda lagi , cuma saya sedikit kecewa atas apa yang berlaku kepada diri ini .
Kawan kawan , saya ingin berterima kasih kerana sudi berada di samping saya selalu . Walaupun , saya tidak menjalankan tugas saya , tetapi anda semua berganding bahu untuk menyelesaikan segala tugas saya . Thank you my friend .
Saya akan berusaha untuk berubah menjadi seperti dahulu kala . Dan with the Willing from God , saya akan masuk kerja semula seperti biasa . Tetapi bukan untuk pada masa ini , okeh . For the time being , please gantikan tempat saya . Saya amat perlukan khidmat anda semua .
Sekian terima kasih .








No comments:
Post a Comment